"Selamat Datang ke blog Tetamu Syam.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum Wa Lastu Bikhairikum....."

Khamis, 3 Disember 2009

sekitar raya korban 1430hjrh, mu'tah, jordan...



Alhamdulillah aku ditakdirkan sempat  menyambut hari raya korban kali ke 4 di bumi mu'tah ini.Cuma kali ni ia agak meriah dan memang meriah sekali berbanding pada tahun-tahun yang lepas dimana PERMATA hanya melakukan secara kecil-kecilan.Berbanding pula pada kali ini ia dilakukan di bayt dimash, dihiasi dengan khemah yang besar, ditambah pula dengan penyertaan pelajar untuk melakukan ibadah korban pada kali ini amat menggalakkan serta kometmen PERMATA yang cemerlang dalam menjayakan ibadah korban pada sesi ini.

Di bawah ini aku lampirkan gambar-gambar sebgai kenangan yang sempat diambil sepanjang ibadah korban ini dijalankan dan sebagai tanda kesyukuran di sini aku ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PERMATA dan mahasiswa mahasiswi malaysia di bumi mu'tah, jodan kerana telah menjayakan ibadah koban kali ini degan penuh ukhuwah dan akhlak terpuji semoga antum semua dapat mengekalkan sikap sebegini pada tahun-tahun akan datang.. semoga Allah s.w.t menerima amalan-amalan kita di dunia ini... Amin.... 

 

yang pakai kopiah tu ustaz husin, orang paling penting dalam
menjayakan ibadah korban kali ini..



dah lembu susah nak bawa turun dari lori, kita korbankan
kambing ni dulu.. "ghoyak ustaz fendi"...



alhamdulillah korban yang pertama dah selesai..
tukang sembelihnya ustaz nik zaim..



ni



"jangan rapat dengan lembu ni biar ana sorang jer pujuk
lembu ni untuk baring" kata: ustaz husin pada rakan2..



tengok!! memang karomah la ustaz husin ni.. lembu ni baring
dengan sendirinya..



serbuu!!  dah ramai pulak nak jadi tukang sembelihnya..
lembu dah baring, baru berani dekat.. hahaha..



udah la tu zaim jangan sampai terputus lehiaq pulak!!



ni korban kita yang terakhir, giliran zaim pula untuk pujuk
lembu ni.. ustaz taufik kat belakang tu, tunggu apa lagi, terkam la..



kali ni giliran ustaz mat kita sembelih pula yang berbaju belang tu..
yang berbaju oren tu ambo, sengaja tak nak tolong sebab nak
tengok sejauh mana kudrat syabab mu'tah..



ustaz mat "betul dok zaim arah kiblat ni! kawe nak bleh doh ni.."
zaim "hoo yolo doh tu bleh lalu ustaz mat"



alhmdulillah selesai sudah penyembelihan seekor kambing 2 ekor lembu..ustaz hanan di belakang tu
melihat dengan penuh keinsafan..



proses lapah melapah pun bermula.. hebat mahasiswa malaysia, mu'tah..





ya Allah engkau kekalkan ukhuwah kami selama-lamanya.. Amin..
bukan amin yang dok tengok kamera tu..



"depa tak mau kepala, biaq aku proses kepala lembu ni..
boleh buat sup gear box kat rumah..." ujar Hashim di dalam hati tanpa
memperdulikan orang ramai yang sengaja buat2 tak nampak gelagat aksinya yang agak pelik itu!

 
penyair-penyair moden..



mufti karak..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan