"Selamat Datang ke blog Tetamu Syam.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum Wa Lastu Bikhairikum....."

Selasa, 22 Disember 2009

Ikan Bilis Bersama Kita



 


Assalaamualaikum…..


Wahai saudaraku sekalian, kita perlu berterima kasih kepada orang tua kita kerana mereka selama ini bergolok-bergadai semata-mata untuk membesarkan kita dan memberi pendidikan kepada kita. Kemungkinan besar ini adalah merupakan persediaan dan hujah mereka apabila mereka berdepan dengan Allah s.w.t di akhirat nanti bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Persoalannya di sini, adakah kita selaku mahasiswa sudah cukup bekalan untuk ditemuduga oleh Allah s.w.t nanti bahawa kita di dunia dulu seorang penuntut ilmu atau kita seorang pengkianat kepada ilmu? Tanyalah diri masing-masing.


Ketahuilah saudaraku sekalian semenjak dari kecil lagi kita sudah ditabalkan menjadi seorang penuntut ilmu iaitu dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan hinggalah sekarang kita bergelar mahasiswa bahawa sedar tidak sedar kita sudah dan sedang berada di bawah naungan sayap-sayap malaikat Allah yang sentiasa berdoa memohon kesejahteraan kepada kita dan seluruh makhluk di dunia samada di langit, di bumi malah di air sentiasa membasahi bibir-bibir mereka untuk mendokan kesejahteraan dan keselamatan kita. Oleh itu, kita perlu bersyukur banyak-banyak kerana makhluk-makhluk di dunia ini merestui dan turut menyokong kita sebagai penuntut ilmu.


Saudara-saudaraku sekalian, persoalan di sini adakah para malaikat allah masih melabuhkan sayap-sayapnya disekeliling kita dan ikan-ikan di lautan mendoakan kesejahteraan kita sedangkan di antara kita menuntut ilmu sambil bermandikan maksiat. Adakah orang yang berlumuran najis akan didekati manusia? Sudah tentu tidak! Walaupun ketika itu dia berbajukan Timberland berseluarkan Texas sudah tentu manusia menjarak diri daripadanya. Oleh yang demikian sahabat-sahabat yang ku kasihi sekalian, bersama-samalah kita menuntut kembali hak kita untuk bernaung di bawah naungan sayap-sayap malaikat Allah dan menggerakkan kembali bibir ikan-ikan di lautan untuk terus berdoa kepada kita yang pada dahulunya mereka membisu dek kerana kemaksiatan kita.


Sekian wassalam……


Apa kelebihan kita menuntut ilmu?


• Memudahkan perjalanan ke syurga
• Malaikat sentiasa bersama pelajar dengan mengembangkan sayapnya untuk menaungi mereka dan sentiasa berdoa memohon kesejahteraan pelajar
• Mendapat keredhaan dan rahmat dari allah s.w.t
• Didoakan oleh semua makhluk samada yang berada di langit, di bumi dan di dalam air
• Lebih tinggi darjatnya daripada rang yang setiasa beribadat


Sebab apa orang yang brilmu lebih tinggi darjatnya daripada ahli ibadat?







• Allah mengangkat darjat orang yang berilmu sebagai firmannya yang bermaksud:


“Allah s.w.t mengangkat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan begitu juga orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa darjat”


• Orang yang hanya beribadat menunaikan sesuatu ibadat hanya untuk dirinya sendiri sahaja.Tetapi orang yang menuntut ilmu akan belajar dan mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain
• Orang yang berilmu dapat memimpin seseorang keluar daripada kejahilan dan kesesatan ke jalan yang benar
• Orang yang berilmu dan dimamfaatkan ilmunya oleh orang lain akan mendapat pahala yang tidak putus-putus. Sabda nabi junjungan kita s.a.w:


“apabila mati seseorang anak adam nescaya tidak lagi memberi manfaat segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya”







Kata-kata penyair kepada penuntut ilmu:


Orang yang berilmu
Tapi tidak mengamalkannya
Akan disiksa lebih dahulu
Dari penyembah berhala





Imam syafie pernah bermadah:


Ilmuku bersamaku
Ke mana aku pergi
Kan tetep bermanfaat padaku
Dadaku tempat bersemadi ilmu
Bukan di rak-rak buku
Kalau aku di rumah
Ilmu bersamaku di situ
Kalau aku ke pasar
Ilmu ke pasar bersamaku di sana





Sumber: tetamusyam.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan