"Selamat Datang ke blog Tetamu Syam.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum Wa Lastu Bikhairikum....."

Ahad, 20 September 2009

Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbul - Haron Din




Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.
Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)


Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.
Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.



Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.
Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.
Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.
Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.
Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.



Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.
Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.
Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.
Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.
Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.
Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.



Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."
Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."
Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.
Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."



Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.
Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.
Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.
Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.
Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.
Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."
Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.
Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.
Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.
Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."





Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.
Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.
Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.
Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam. _

Rabu, 2 September 2009

Falsafah Ramdhan


Rahsia Puasa yang dipetik dari kitab Bahrul Mazi. Disebutkan oleh para alim ulama akan rahsia puasa itu beberapa perkara. Ia dapat diringkaskan seperti dibawah :

1. Menyedikitkan makan dan minum dan mengurangkannya masuk di dalam nikmat kelazatan untuk membezakan kekuatan cara kebinatangan. Ini kerana puasa itu juga akan menyuburkan roh yang ikhlas dan naik tinggi kekuatan ikhlas seumpama malaikat yang dihiaskan mereka itu dengan beberapa sifat yang terpuji.

2. Berperangai orang mukmin pada setengah waktunya dengan beberapa perangai daripada perangai orang yang percaya akan Allah Taala, dan menyerupainya atas kadar seboleh-bolehnya dengan Malaikat yang Muqarabin daripada Allah Taala pada sifatnya yang suci daripada sekalian keinginan nafsu pada menegahkanya dan bersuci daripadanya.

3. Membiasakan dirinya sabar dan tetap hati atas menderita menahan diri daripada mengerjakan segala keperluan hidup yang sebelumnya dihalalkan, seperti makan, minum, berjima’ dengan isteri dan lain-lain kerana orang yang puasa itu memberati dirinya menjauhkan daripada cinta hati yang kuat kepada keduniaan dan mempamerkan sifat sabar yang cemerlang.

4. Mengingatkan hamba dengan sifat kehinaan dan kemiskinan orang lain kerana datangnya perasaan pada pertengahan puasanya berhajat kepada sedikit makanan dan minuman dan berhajat kepada sesuatu yang hina dengan dia.

5. Memelihara dirinya daripada melakukan sebarang dosa.

6. Mentarbiyah orang-orang yang kaya dan berada untuk menolong dan membantu orang-orang fakir, miskin untuk menghindarkan si fakir dan si miskin itu penderitaan akibat dari kelaparan serba kekurangan.

7. Menerangkan hati dan menajamkan fikiran, kerana sabda Nabi SAW “barangsiapa yang lapar perutnya maka lapanglah fikirannya dan teranglah hatinya” dan SabdaNya lagi “ bermula asal penyakit itu dari perut dan berpantang itu adalah asal kepada penawarnya”

Luqman Al-Hakim berkata menasihati anak-anaknya “ wahai anakku apabila penuh perutmu dengan makanan dan cukup kenyangnya nescaya kelamlah fikiranmu, dan tuli hikmatnya dan jadi malas anggota daripada berbuat ibadat, maka kebersihan hati dan kehalusan fakir itu dengan sebab kedua-duanyalah dapat kesedapan munajat dan memberi bekas dengan sebab zikir”.


(Petikan tazkirah ini diambil dari blog albanjari)

Jumaat, 12 Jun 2009

aku hilang kaki dia hilang jasad..

Adakah kita benar-benar mengaku sudah beriman selagi Allah belum menjatuhkan ujian ke atas hamba-hambanya.. itulah akidah sahihah yang perlu difahami oleh setiap mereka yang mengaku sebagai pengikut Nabi Muhammad s.a.w..Mungkin teman-teman ku di luar sana sudah banyak menerima pelbagai ujian dan musibah dari Allah s.w.t sepanjang merentasi pengembaraan di dunia ini.Cuma yang bezanya ujian yang datang itu ada pelbagai cara bentuk dan rupa dan ada yang ujiannya ringan dan ada pula berat hanya kesabaran yang menjadi penawarnya.Walau bagai manapun Allah tidak akan membebani seorang hamba itu melainkan mengikut daya tahan hanba-hambanya.

itulah mukadimah untuk catatan aku kali ini dan mukadimah ini ada kaitan dengan kisah atau teragedi yang menimpa diri aku yang aku ingin berkongsi dengan teman-teman aku di luar sana.ceritanya bermula pada tahun lepas 2008 bulan 6.waktu itu aku dalam fatrah cuti fasal thani dan menunggu untuk memulakan sesi pengajian musim panas.Dalam ashik menyedut udara musim bunga di mutah tiba-tiba aku dapat satu mesej dari adik aku.Kata dia "angah balik malaysia abah sakit".Aku pun balas mesej " teruk ka!".. sebab aku dah tau abah aku memang dah lama sakit akibat kencing manis. kata adik aku "aku nak hang balik jugak hang tengok dengan mata hang sendiri keadaan abah!.."Pada masa tu jantung aku dah mula bergetar dup dap!dup dap! nafas aku mula berkocak dan air mata yang selama ini membeku dah mula mencair menghiasi di raut wajah aku kerana aku mulai syak mungkin keadaan kesakitan abah makin teruk dah tak macam dulu lagi mampu berjalan walaupun menghidapi kencing manis.



Aku pun fikir macam mana nak balik malaysia duit sekupang habuk pun tak dak sebab dah bayar untuk madah-madah soifi.Aku pun p shu'un maaliah mintak balik duit yang aku dah bayar untuk madah soifi dan aku nak tangguh pengajian musim soifi.Tapi malangnya pegawai shu'un maaliah tak nak bagi balik duit aku.. mungkin sebab takut buruk siku kot!dah bagi mintak balik.. itu andaian aku la.. aku tak faham dia cakap apa.. Aku jenuh mintak kat pegawai tu dengan nada yang sedih dengan bantuan rakan senior aku (tokey).. mana taknya abah dah nazak mungkin.. aku snggup buat apa saja..namun harapan tinggal harapan.. aku pun hairan kenapa dia tak nak bagi juga.. tak takut kat aku ka! my body tak cukup besar ka... so aku fikir tak pa la duit tu pakai untuk fasal awal nanti..

Ringkasan cerita pada esoknya aku jadi juga pulang ke malaysia dengan bantuan kawan-kawan aku, dapat pinjam duit sikit dari mereka untuk beli tiket flight ke malaysia.setibanya aku di ibu kota Amman jordan aku terus ke syarikat etihad untuk beli tiket oneway ke Malaysia petang itu juga.Betapa terkezut tiketnya berharga jd900 oneway.Fuhh!!... kalu macam ni boleh pusing satu dunia tanpa henti ni dengan pakej yang ditawarkan agak berpatutan.Rugi tak ambil pakej ni.. hanya orang gila sahaja akan membeli tiket degan harga semurah ini.. bisik di hati aku.. aku pun tanya pegawai tu kalau bukra berapa kupang? tiba-tiba sahaja lahjah negeri ku berkumandang di udara.. Pegawai tu cakap iza bukra jd425 sahaja oneway mafi belok2.aku cakap kat dia hayyakallah (setuju) dengan harga itu maka esoklah aku bertolak ke Malaysia untuk mengadap abah samada sempat tak sempat aku tawakkal kepada Allah s.w.t..

So takkan nak balik mutah balik.Duit habis lagi kalau balik mutah sebab esoknya nak kena turun Amman lagi. Tiba-tiba aku aku teringat yang aku ada saudara seislam semalaysia di Amman yang dah lama aku tak p ziarah dia dan boleh la aku aku menumpang tidur di rumahnya.Orang yang aku maksudkan ialah encik Azmir.Aku pun bergegas ke rumahnya untuk bermalam di sana dan keesokan paginya dia hantar aku terus ke mator queen Alia mak kepada king Abdullah.



setibanya aku di mator macam biasalah nak chek in.Bila bagasi dah habis scan tiba-tiba fahmi suami kepada siti sarah calling suruh ambik barang aku yang tertinggal minyak atar je pun yang tak habis dijual jadi bolehlah aku buat hadiah kat orang kampung aku.. fammi datang mator hantar ustaz osman dan anaknya balik malaysia juga.Masalahnya bukan senang nak keluar balik nak ambik barang yang tertinggal tu habis kena soal oleh polis kat dalam tu.. akhirnya berjaya juga ambik barang kat luar hasil desakan encik azmir kat polis tu sebab dia vip.so mudah sikit urusan yang rumit tu.. aku dah banyak menyusahkan dia.. dah la naik kereta free.. terima kasih la encik Azmir.. enta kuwayyis!!..



setibanya aku di Malaysia pada petang jumaat kira-kira pukul 3.30 aku disambut oleh bapa saudara aku.transit sebentar kat rumah dia di kajang. pastu dalam pukul 11.00 malam dia hantar aku ke Pudu Raya cari bas untuk bergegas ke Pulau Pinang dah tak sabar nak menatap wajah abah mak dan kaum kerabat yang lain yang sekian lama tak bersua sepanjang berada di jordan .setelah membeli tiket ,tak lama slepas tu bas dan aku pun menyusur keluar merentasi debu-debu malam di Pudu Raya dan memulakan perjalanan mencari arah ke Pulau Pinang.



Untuk bagi tau yang aku sudah selamat sampai di malaysia aku pun menghantar mesej kepada faizul ahli rumah aku dengan menggunakan no baru yang aku sempat beli kat kajang tadi.Sebelum sempat melelapkan mata di atas bas dek kerana kepenatan dan perjalanan yang jauh nak ke utara aku dikejutkan lagi sekali oleh mesej faizul "Gi hang tau tak lagi ayah pak long dah meninggal dunia".. sahut aku "innalillahiwainnahiroji'un" ketika itu aku memang tak percaya musibah apa ni yang menimpa kawan baik aku ini.Mana taknya pak long lagi 2 hari lagi nak balik bercuti di malaysia tak sempat nak balik, ayah dia dah pergi menyahut seruan Ilahi.

Jadi hati aku berteriak tiba-tiba "ya Allah kenapa engkau buat macam ni kat sahabat aku ni.Apa salahnya kau ambil ayahnya bila setibanya dia di Malaysia.. dua hari lagi ja pun.Mana keadilan mu ya Allah!!" aku dah mula mencari ketidak adilan Allah dan aku mula menjadi ketidak warasan sambil merenung wajah-wajah ibu kota masa tu.ketika Bas yang aku naiki tadi meredah embun-embum di kota raya, aku mula merongkai jawapannya rupa-rupanya aku tak boleh menyamakan keadilan Allah dengan keadilan manusia.. kalau keadilan Allah menyamai keadilan manusia maka beerti Dia sudah menjadi mahkluk "a'uzubillahimin zaalik" sahut hati aku sambil menyesal kerana telah menyamakan Allah dengan makhluk ciptaannya dan berburuk sangka kepadanya. Sesungguhnya Dia zat yang maha kaya tiada sama macam makhluk "Laisa kamislihi shaiun" aku yakin mungkin ada hikmah kenapa Allah berbuat demikian kepada pak long kerana ilmu Allah tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia kerana manusia itu makhluk dan makhkluk itu lemah sesekali...



setelah hati aku mula tenang dan berpuas hati dengan jawapan tadi , aku mula menghantar mesej kepada ju (panggilan aku kepada pak long) untuk menenangkan hatinya yang aku pasti dia dalam keadaan bersedih sekarang kerana pemergian ayah kesayangan. oleh kerana aku dan keluarganya ada hubungan yang agak rapat sebelum ni aku pun menghubungi abang sulungnya untuk mendapat kepastian tentang kematian ayah mereka dan maklum balas yang aku dapat jenazah ayahnya belum di kebumikan lagi esok siang kata abang kerana jenazah meningga dalam pukul 7.oo malam tadi.Jadi aku fikir sempat untuk aku menziarahi dan menguruskan jenazah ayahnya di sungai siput, Perak. kebetulan arah kampung ju satu arah dengan perjalanan aku balik ke Pulau Pinang jadi aku mengarahkan pemandu bas supaya berhenti di highway tol kuala kangsar dan aku terpaksa batalkan balik ke Pulai Pinang buat sementara waktu manakala keluarga aku terpaksa menangguh lagi penantian kepulangan aku yang sepatutnya tiba lebih awal.

jam menunjukkan hampir pukul 4.00 pagi aku pun ditirunkan oleh driver bas di tempat yang aku janjikan.aku pun meredah heningan pagi itu sambil menghirup udara segar dan nyaman.udara yang hampir dua tahun aku tak menghirupnya.. aku pun meneruskan langkahan aku menuju ke tol kuala kangsar sambil mengheret beg besar yang beroda empat itu dan tanpa segan-silu aku pun meredah lorong tol itu sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai yang bertugas ketika itu."nasib baik depa tak diminta bayaran tol, kalau tak aku akan cuba bertengkar dengan depa.biasala baru balik jordan mesti terkesan dengan perangai arab... hahahaaha.." bisik hati aku dalam keadaan tak bersalah kerana tak bayar tol walaupun aku beroda empat
macam kereta lain.

tak lama selepas itu saudara pak long pun sampai untuk menjemput aku dengan kereta dan setibanya aku di rumah pak long, aku pun menatap wajah ibunya dan hatiku berkata "sepatut kepulangan ini bukan kepulangan aku sebaliknya kepulangan anaknya ju" 'Ya Allah dunia dah terbalik ni.." aku pun bersalaman mengucapkan takziah kepada keluarga pak long dan terus mencapai senaskah surah yasin yang telah disedia di situ lalu aku membacanya di sisi jenazah ayahnya sebagai bakti teraakhir aku kepada arwah.

Badan pun dah penat kerana tidur yang tak cukup serta rasa mengantuk pun sudah menguasai diri dan sementara menunggu jenazah dikebumikan,aku pun berehat dahulu di rumah sahabat aku yang juga merupakan sepupu pak long yang rumahnya tak jauh dari situ.Ringkasan cerita setelah jenazah ayah pak long selamat di kebumikan di tanah perkuburan kg. kelimat sg. siput aku pun mula meneruskan langkahan perjalanan aku yang tertangguh iaitu balik ke Pulau Pinang kerana keluarga dah tak sabar menanti kepulangan aku.

aku pulang dengan ditemani oleh sahabat aku tadi dengan menaki keretanya.di dalam perjalanan pulang kira-kira memasuki daerah taiping perak sekali lagi aku diuji oleh Allah apabila menerima satu mesej dari abang aku "angah satgi bila dah sampai rumah hang jangan terkejut, abah dah hilang satu kaki kanannya.. kaki dia dah kena potong..".Dalam asyik berborak dalam kereta tadi tiba-tiba aku terdiam sebentar.Perasaan sebak pun bermula tetapi aku berjaya menahannya.akhirnya aku gagal juga untuk menahan sebak, sebak kerana sewaktu pergi jordan hari tu abah berkaki dua tetapi sekarang kaki dah tinggal satu.tetapi aku bersyukur kerana walaupun abah bertongkatkan satu kaki, aku masih lagi sempat bertanya kepada abah,abah!abah nak makan apa? cek(saya) nak p pasar malam...tetapi ju dah tak boleh tanya apa-apa soalan kepada ayahnya kerana jasad ayahnya sudah tiada didepan mata.. ujian ju lebih besar dari aku.. bisik hati aku sambil rasa dah tak sabar nak cium pipi abah dan mak.

setibanya aku di depan rumah aku pun terus mencium pipi mak dan terus masuk ke dalam rumah buat pertama kalinya mata aku menyaksikan abah sudah tiada kaki kanannya lalu aku mencium kedua-dua belah pipinya dengan penuh erat dan sebak.keadaan abah ketika itu sangat kurus dan lemah serta tidak terdaya kerana baru saja pulang dari hospital kerana pembedahan memotong kakinya. pada ketika itu aku dapat melihat di raut wajah abah dia sangat gembira kerana anaknya di perantauan sudah pulang..

Sekian.... aku sayang Abah.

Selasa, 23 Disember 2008

KITA PENDEKAR MELAYU....





Keluhan "susahla belajar adab ni"....." doktor bagi aku 2 alamat je"...."nampak gaya mengulang la madah ni fasal depan"...."aku rasa nak tukar takhasus la"...."aku dah kena inzar ni!!"...."tensyen gila belajar adab".... "banyak gila syair kena hafal".... inilah beberapa keluhan dan rintihan pelajar-pelajar takhasus bahasa arab di mutah yang selalu bermain di telinga ambo.Dan ambo salah seorang yang turut terlibat dalam keluhan itu kerana ambo juga pelajar takhasus bahasa arab.Memang tidak dinafikan belajar takhasus bahasa arab di jamiah mutah memang susah,susah nak lulus,susah la doktor ni..,susa nak faham, susah nak nak beri komitmen (musyarakah) dalam muhadharoh. mungkin ini proses biasa yang perlu dilalui oleh mahasiswa yang mengambil kos bahasa arab dan tidak dinafikan kos syariah pun turut mengalami proses ini. hatta orang arab sendiri pun katanya susah kalau ambil kos bahasa arab.Ini ambo no komen la! tapi pelik juga la orang arab sendiri pun tak suka belajar bahasa mereka tapi kita yang bukan arab ni la yang menawarkan diri untuk belajar bahasa mereka.Kalau mereka cakap susah ambil bahasa arab maka kita seratus kali ganda la susahnya.Tetapi ambo faham semua orang suka belajar bahasa arab cuma apabila ia proses pembelajaran yang melibatkan akademik ia agak tensyen kerana perlu menjaga pointer.

Pada hakikatnya walaupun kita bukan orang arab tapi kita adalah orang yang dipilih oleh Allah untuk menjadi pendekar melayu dalam drama ini sanggup meredah lautan semata-mata ingin belajar dan memahami bahasa mereka dengan niat yang satu iaitu kerana Allah dan memenuhi tuntutan agama islam yang mewajibkan antara kita supaya mahir dalam selok-belok bahasa arab kerana untuk memahami agama islam kita tidak dapat lari dari bahasa arab kerana islam datang dari lidah arab.